Friday 20 September 2013

웃 ayat-ayat lawak 유 ayat-ayat cinta 유

                     Ayat² Lawak

  1. *Text* BF "Kenapa awak tak angkat phone ?" GF "Phone saya jatuh tadi , nanti saya angkatlah" BF *cedihh :')
  2. Check bawah meja → ada surat "Awak suka saya ? Ya Atau Tidak" → Dengan mudah → Bulat perkataan "Atau" → Kehebatan tahap dewa .
  3. Beli album Micheal Jackson → Dia mati →Beli album Amy Winehouse → Dia mati → Beli iPhone → Steve Job mati → Marah → Beli album Raihan →Happy
  4. Budak 8 tahun skrg ada : Facebook, Twitter, iPhone dan iPod. Semasa saya berumur 8 tahun, saya cuma ada buku mewarna, crayon dan imaginasi.
  5. *Time Couple* "awak lain dari EX saya sebelum ni. awak special" *Bila Break* "Kau sama je dgn EX aku sebelum ni" Nampak tak permainan dia ?
  6. Cikgu "Okey, Letak pen anda sekarang" → Ali sedang menulis → Cikgu "Ali letak pen kamu tu" Ali "Saya pakai pensil cikgu" → Cikgu "hmm .."
  7. Jangan jadi PLAYBOY yang suka melayan dan bercinta dengan ramai gadis, tetapi jadilah PRAYBOY yang mampu menjadi IMAM dalam solat nanti :')
  8. Pakaian Kampung tapi tutup aurat lagi baik drpd pakaian bergaya dan up to date untuk mata orang tapi tak mendapat keredhaan dari Allah :')
  9. *Sekolah Rendah* ~ 60 + 5 = 65 , *Sekolah Menengah* ~ 6m (2n x 6n²) = tiru kawan pun tetap salah 
  10. Cikgu tak bagi kita pergi tandas ➜ Kita Pandang kiri, pandang kanan, tengok line clear ➜ Keluar ikut pintu belakang.
  11. mat salleh nak tanya Jalan ➜ jawab "you go straight , belok left , belok right" ➜ Mat Salleh "what belok ?"➜ jawab "beloklah bodoh" , hmm ..
  12.  - Nabi Adam AS dicipta oleh Allah SWT dgn menggunakan 12 Jenis Tanah yg membezakan Warna Kulit Manusia , Subhanallah !! ❤
  13. Awk sedih , Awk cari Saya . Awk ada Masalah , Saya pendengar Setia . Awk sedang menangis , Saya akan Pujuk . Awk happy . Saya dilupakan :')
  14. Bila kawan "kau aku" → sebelum couple "saya awak" → dah couple "bie sayang" → Dah dapat anak "mama papa" → dah mati "arwah jenazah" , hmm ..
  15. GF: Sαyα BBM αwαk :) BF: Awαk, sαyα gunα NOKIA 3310. Tαk pαyαh nαk perli sαyα. GF: Mαksud sαyα, sαyα Benαr Benαr Mencintαi αwαklαh bongok ❤
  16. Memang ramai Lelaki yg mampu angkat BERAT , tapi tak ramai Lelaki yg mampu angkat takbir solat 5 waktu yg RINGAN :')
  17. Time Tadika KELIP-KELIP MATA . Time Sekolah Rendah BALING-BALING KERTAS. Time Sekolah Menengah guna handphone : TEXT, BBM, WHATSAPP, VIBER .
  18. nak perah susu lembu ➜ kena tampar ➜ makan Kit Kat ➜ ketuk loceng ➜ lembu keluarkan susu ➜ Iklan bangang abadi ➜ berehat bersama Kit Kat ~
  19. public phone ➜ call 999 "encik ada boom nak meletup !!" ➜ operator "kat mana tu ?" ➜ jawab "kat lubang hidung kau" ➜ terus letak , hmm ..
  20. Cikgu "murid² sila keluarkan Kamus Oxford" , Murid "Kamus Oxford takde , Google Translate ade" , Cikgu "maju shiall korang" *cedih*
  21. *Sekolah Rendah* "kita ada byk pensil dari awak , kita menang" , *Sekolah Menengah* "wehh aku tak bwk pen , pinjam kau punya pen" ❤
  22. pakai Supra ➜ beg Supreme ➜ Varsity ➜ belt glow in the dark warna warni ➜ Lelaki mcm ni memang tak matang ➜ serupa budak 3 suku , hmm ..
  23. even Lelaki tu dah ada Girlfriend , tapi dia tetap syg kat semua Ex dia , tapi Perempuan ni lain , dia cuma sygkan Boyfriend dia Seorang :')
  24. tangan kanan pegang iPad ➜ tangan kiri Galaxy Note ➜ kat leher gantung DSLR ➜ pocket ada Blackberry ➜ kenapa tak bawak Astro je sekali ? -.-
  25. Perempuan jumpa kawan lama jerit and then peluk² , Lelaki jumpa kawan lama "woii mat , haha , hidup lagi kau , ingat dah mati" ~
  26. Sekolah Rendah - kena marah dgn cikgu terus menangis , Sekolah Menengah - kena marah dgn cikgu boleh senyum² lagi mata pandang bawah xD
  27. RAMAI ORANG CAKAP = "Janganlah Berharap Kepada Cinta Yang Tak Pasti, Tapi Berharaplah Kepada Ilahi Kerana Cinta-NYA Kekal Abadi" ❤
  28. Kadang² lelaki terpaksa meninggikan egonya supaya nampak yg DIRINYA tu bukan LOSER yg selalu MENGALAH dgn PEREMPUAN , I'm right ?
  29. *pergi masjid* *senyum depan tabung masjid* Imam "Kenape senyum depan tabung ?" Me "Senyumkan sedekah" *Imam senyum depan tabung jgk*
  30. Mak "kau dapat berapa A ?" , Kita "dapat 4A je mak" , Mak "kau tgk anak orang lain semua dpt 8A , 9A" ➜ serious tak suka dibeza-bezakan :|
  31. *kat sekolah* ➜ dapat 8D ➜ cedih ➜ tanya kawan dpt berapa ➜ Kawan "aku dpt 8E je" ➜ "hahaha , bodohnya kau dpt 8E , aku dpt 8D" ➜ bangga .
  32. mimpi dapat 8A ➜ yakin dgn mimpi ➜ pergi sekolah ➜ nak ambil result ➜ tengok² dapat 8E ➜ baru sedar dia duduk kelas bodoh ➜ cedih :')
  33. cikgu suruh keluarkan buku teks ➜ check beg ➜ lupa nak bawak ➜ keluarkan buku teks lain ➜ cover ➜ cikgu tak perasan ➜ RT jika pernah buat xD
  34. *Girls shopping* Tengok baju lawa terus bayar dekat counter. *Boys shopping* Tengok baju tu ➜ Check harga mahal ke tak. Berjimat katanya .
  35. Sebut "SAYA" terlalu formal. Sebut "ANA" bajet islamik. Sebut "I" kata gedik. Sebut "AKU" kata kurang adab. Habis nak guna apa ? "TENUK" ?
  36. *kat sekolah* ➜ wehh homework kau dah siap ? ➜ dah siap dah ➜ pinjam buku kau ➜ boleh tapi jwpn dia aku tak tahu betul ke tak ➜ asal siap .
  37. BB = Blackberry. Tapi kalau Blackberry dia tengah buat hal , user Blackberry akan selalu sebut BB = Babi Betullah *cedih*
  38. LAGU PMR: Aku yg patut, yg patut memberinya segala. Kerna aku mahu, aku mahu, memberinya 8A sahaja. Utk dia hey utk mama hey utk ayah hey.
  39.  , Sekolah Rendah : pergi tandas sorang-sorang , Sekolah Menengah : "wehh jom teman aku pergi tandas" , takut hantu jamban agaknya -.-
  40. Setiap kali saya melihat pada keyboard, saya sering ternampak ' I ' dan ' U ' bersama dan bila saya ternampak BACKSPACE, saya nak getback :(
  41. *sekolah rendah* *kasut kena pijak* "hmm nanti mama kita marah kat kita" , *sekolah menengah* *kasut kena pijak* "babi kau , dah kotor gila"
  42. 2013 murid dibenarkan bawa Phone ke sekolah. Tak mustahil 2014 subjek Instagram akan diwujudkan menggantikan subjek Pendidikan Seni , hmm ..
  43. Ustaz ckp JANGAN cari lelaki yg boleh buat ramai perempuan CAIR dgn DIA. TAPI carilah lelaki yg boleh SETIA dgn seorang perempuan sahaja ❤
  44. Menangis PUTUS cinta itu biasa tapi kalau ada SOMEONE tu menangis di khalayak ramai disbbkan awk , that means dia betul² CINTAKAN awak :')
  45. *Mak suruh tidur* Sign out twitter ➜ Off lappy/computer ➜ Masuk bilik ➜ Baring dekat katil ➜ Ambik phone ➜ On twitter dekat phone xD
  46. LELAKI lepas break , keluar lepak dgn member hilangkan stress . PEREMPUAN lepas break , kurung diri dlm bilik menangis sepuas hati dia :')
  47. DATE → BF tinggi→GF pendek nak order donut→GF tak nampak→GF tarik baju BF→BF pandang bawah then cakap ″Aloo anak sapelah ni,comel sangat" xD
  48. Bertemu→Berkenalan→Bermula perhubungan→hadirnya insan ke 3→terpaksa berpisah→10 tahun→dgn izin الله →cinta bersatu semula→Ini Jodoh ❤
  49. Jalan² ➜ terdengar lagu Gangnam Style ➜ menari kuda sampai ke jalan raya ➜ kena langgar lori ➜ masuk Metro ➜ "GANGNAM STYLE MEMBUNUH"
  50. *Masa kecil* Pegang pedang→Pakai topeng→Berangan jadi power rangers *Masa Remaja* Pakai tudung→Spec murah→Snap→Berangan hot di facebook -.-"


                           Ayat² Cinta


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.

Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.

Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.




Admin : Harmizi Syah Hermi™

Facebook : https://www.facebook.com/harmizi20
Twitter : @harmizisyah